Tuesday, April 24, 2007

DI MANAKAH MEREKA KINI?

Barisan Para Guru SMTT 1976-1979
Gambar Ehsan Sdr. Fauzi Awang (sumber: smtt7879@yahoo.group.com)

Monday, April 23, 2007

SECEBIS CORETAN DARI SDR. IR IBRAHIM MOHAMAD

assalamualaikum ...rakan2 SMTT,

Walaupun junior di SMTT (80/81), tetapi coretan abe Ji ni terasa sangat kenangan lama di SMTT.

Jasa dan pengorbanan hebat guru2 yg. mendidik kita sehingga kita berada dikedudukan sekarang sangat disanjung.

Tahniah dan tabik kepada rakan2 SMTT 78/79, terutama J/Kuasa penaja TiNTA yg mempertemukan semula guru-guru dan bekas SMTT ...

Teruskan usaha dan kami akan bersama anda.

Salam Hormat. Salam Alumni.

Ir.Ibrahim Mohamad
JPI (Jurutera Perunding Intech )
Perupok, Bachok
irbrahim_04@yahoo.com

CORETAN SAUDARA PRESIDEN

Salam Sejahtera,
Sdra Mustafa, thanks for your email........
Ceritanya begini; minggu lepas (Sabtu 21 April) kami berempat - Fendi Aziz (F5C), Ilu, Stopa dan saya telah sekata untuk bersarapan di Leha Kelfood, dalam banyak hal yang telah diborakkan, kami bersetuju untuk mengajak kawan-kawan lain yang free untuk sama-sama bersarapan pada minggu depan sebagaimana yang dihebahkan oleh sdra. Stopa.
Tujuannya bukan lain hanyalah untuk mengenali lebih ramai group smtt agar kita dapat sambungkan sillatulrahim sesama kita. Maklumlah kita ni di kl, dah tak ada sape lagi, rata-rata yang saya temui perancangan masa depan adalah untuk terus menetap di kl.... jadi apalah salahnya antara kita bekas pelajar smtt ditautkan kembali melalui pertemuan sebegini agar jika ada apa-apa program kekeluargaan dapat sama-sama kita membantu dan merasai, anggaplah kita ni satu keluarga besar (ibarat adik beradik) yang telah kehilangan ibu dan bapa.
Saya percaya antara kita banyak persamaan yang boleh dimanfaatkan lebih-lebih lagi pernah melalui detik persekolahan dalam suasana yang serupa.
Mengenai TiNTA, insyallah kita akan gerakkan dengan gelombang yang sama berlandaskan semangat setiakawan TI, ingat lagi kah kita semangat ...we are TIT, who we are, so we tell them, so we tell them........
kata juang inilah yang membara di dada kita sehinggalah TIT terkenal keseluruh Malaysia...dengan jaguh-jaguh sukan yang dilahirkan, nama-nama seperti Rohana Muji, Zaradah Ismail, Nik Roshni (bola jaring), Rusdi Rahman (hoki), Al Johari, Ibrahim Busu (hoki), Wan Burhanuddin (bolasepak), Abe Jak (bahas).
Dari segi akademik, ingat lagi kah kita nama-nama seperti Syed Abdullah, Roslan M Zain, Chin Teck (Hadiah Tractors). Sematelah lagi dengan keputusan peperiksaan MCE/SPM yang saban hari menjangkau 100% (walaupun 1 & 2 peratus kureng). Semua nama-nama yang disebut masih lagi bersama-sama kite, dan telah menempa kejayaan di bidang masing-masing.
Untuk pengetahuan umum, Sdra Setiausaha - Dr. Hamzah sedang dalam proses menerbitkan satu direktori alumni SMTT, whos-whos ex-TI; usaha yang murni ini dapat kita gabungkan untuk dapat dimanfaat bersama. Oleh itu sila hantarkan biodata masing-masing ke laman web yang telah disediakan (www.alumnismtt.blogspot.com).
Jenguk-jenguklah laman TiNTA untuk mendapat berita terkini. Selalulah kita berhubung dan paparkan segala aktiviti kita melalui TiNTA.
Sekian wasallam......celoteh saya minggu ini.. insyallah jumpe lagi.
Fauzi Awang

BERSARAPAN DI RESTOREN LEHA KELFOOD

Salam Sejahtera,
....bersarapan pagi dengan nasi berlauk, nasi dagang, nasi kerabu dll. di RESTORAN LEHA KELFOOD, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama 53100 Kuala Lumpur.
(terletak berhadapan MRR2 di antara persimpangan lebuhraya gombak/karak dan MRR2 Jalan Genting Kelang @Taman Melati)

Bagi pihak Saudara Fauzi (ketua pelajar 1978), Saudara Khairuddin (ILU) dan saya ingin mengajak semua bekas pelajar smtt ~ tak kira lah batch mana yang berkelapangan untuk bersama bersarapan pagi di Restoran Leha Kelfood pada hari Sabtu 28 April 2007 sekitar jam 9.00 pagi.

Majlis yang tidak formal ini diharap dapat menemukan lebih ramai lagi bekas pelajar SMTT dari segenap peringkat yang mungkin, seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim yang sediada.

Untuk maklumat lanjut kalau tersesat jalan bolehlah hubungi saya Mustaffa di 017-8808718 atau Khairuddin(ilu) di 012-2083615

Wassalam
Mustaffa Abdullah

Sunday, April 22, 2007

JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI SMTT: TiNTA 2007

Salam Sejahtera,

Berikut adalah senarai Ahli jawatan Kuasa Penaja Alumni SMTT: TiNTA 2007.



PENAUNG: GURU BESAR SMTT

PENASIHAT: CIKGU JAAMAN HAJI ABU

PRESIDEN: FAUZI AWANG

TIMBALAN PRESIDEN: YASIMIN YUSUF

SETIAUSAHA: PROF. MADYA DR. HAMZAH JUSOH

BENDAHARI: ZAIDI IBRAHIM

AHLI JAWATAN KUASA:

JAWATAN KUASA SOSIAL & KEBAJIKAN:
1. LOKMAN MOHD
2. MOHD KHAIRUDIN AB. RAHMAN
JAWATAN KUASA KEUSAHAWANAN:
1. ISMAIL MAT DERIS
2. KAMARUL BAHRIN BIN CHE MOHAMED
JAWATAN KUASA PENDIDIKAN:
1. MOHD ASRI HUSIN
2. NORMALA MAT AJID
JAWATAN KUASA SUKAN:
1. RAHASNAN ABD. RASHID
2. WAN BURHANUDDIN B. WAN ISMAIL
JAWATAN KUASA PUBLISITI:
1. ZARADAH BT. ISMAIL
2. ROHANA MOKHTAR

PEMERIKSA KIRA-KIRA:
1. MOHD AL JOHARI HASSAN
2. ZAMRI RAZAK

PEMEGANG AMANAH:
1. AKAN DITENTUKAN
2. AKAN DITENTUKAN

PENANGGUHAN KUNJUNGAN HORMAT KE RUMAH MANTAN GURU BESAR CIKGU JAAMAN

Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa rancangan untuk melakukan kunjungan hormat ke rumah mantan Guru Besar SMMT, Cikgu Jaaman pada 5hb. Mei 2007 telah ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Ini disebabkan pada tarikh tersebut, Cikgu Jaaman mempunyai komitmen bagi menguruskan kenduri kahwin (kalau tak silap) anak buahnya.

Justeru itu, Sdr. Fauzi akan berbincang semula dengan Cikgu Jaaman, dijangkakan pada 1hb. Mei 2007 ini. Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan pada hari tersebut, bolehlah ikutserta dalam kunjungan Sdr. Fauzi ke Kuala Klawang. Sekiranya berminat, bolehlah menghubungi Sdr. Fauzi di no. 019-2356293.

InsyaAllah, sekiranya tidak berhalangan dan dipersetujui oleh Cikgu Jaaman, tarikh kunjungan hormat tersebut akan dilakukan pada 19hb. Mei 2007. Diharap saudara-saudari dapat merezabkan tarikh ini untuk tujuan di atas.

Untuk maklumat teman-teman, Sdr. Fauzi akan mengerjakan Umrah dan akan berangkat pada 12hb. Mei 2007. Sama-sama kita mendoakan agar perjalanan beliau dan keluarga akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah yang maha esa.

Sekian terima kasih.

Wednesday, April 11, 2007

KUNJUNGAN HORMAT KE RUMAH MANTAN GURU BESAR, CIKGU JAAMAN

Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kunjungan hormat ke rumah Mantan Guru Besar, Cikgu Jaaman akan dilakukan pada 5 hb. Mei 2007 (hari Sabtu) di kediaman beliau di Kampong Larong Tengah, Kuala Klawang (bukannya 28 April seperti yang dicadangkan sebelum ini).
Maklumat lanjut akan dihebahkan oleh Sdra. Setiausaha dalam masa terdekat. Kepada ahli-ahli TiNTA yang berkesempatan dan ingin turut serta dalam kunjungan hormat ini, diharap dapat memberikan butir-butir seperti nama, email dan no. telefon bagi memudahkan urusan logistik. Maklumat tersebut bolehlah diemailkan kepada alumnismtt@yahoo.com.my
Terima kasih.

Sunday, April 8, 2007

CATATAN PERTEMUAN SDR. FAUZI & ILU DENGAN MANTAN GURU BESAR: CIKGU HAJI JAAMAN HAJI ABU

Sdra/i kalian, salam alumni!

Alhamdulillah saya telah menyempurnakan amanah sdra/i bagi saya mewakili TiNTA untuk mengadakan pertemuan ulung secara rasmi dengan Mantan Guru Besar Cik Gu Jaaman.

Pertemuan berlangsung dalam suasana keceriaan dengan mengenang kembali kisah-kisah lama di TI, terutamanya di tahun awal penubuhan SMTT. Saya berdua dengan Ahmad Khairuddin (Ilu - F5E 77/78) bertolak dari KL pukul 1100 pagi melalui exit Nilai ke Mantin. Walaupun sudah agak biasa dengan keadaan Nilai/Mantin sebelum ini, tetapi agak menakjubkan dengan pembangunan yang pesat ekoran daripada limpahan dan curahan aktiviti dari KLIA Sepang. Mungkin sdra/i boleh mengambil peluang ini dengan membuat penilaian lebih serius untuk melabur di kawasan ini.

Sampai di Kolej Legenda Mantin (Ciku Gu Jaaman bekerja secara sambilan di Kolej Legenda dengan penumpuan di bidang kaunseling dan pemasaran) pukul 1200 tengahari, Mantan Guru Besar sudah sedia menanti dengan lenggoknya seperti dulu-dulu ketika berjalan-jalan di sekitar asrama dengan tangan kebelakang - kadang kala rotan ditangan (ingat lagi ke).

Kembali ke nostalgia lama rupa paras cikgu masih seperti dulu tidak banyak berubah walaupun sudah berusia 68 tahun (22 April ini adalah genap Mantan Guru Besar 68 tahun). Mungkin kerana curahan bakti kepada anak bangsa dengan mendidik dan mengajar kita untuk menjadi insan yang sempurna - sama-sama lah kita menadah tangan memohon restu dari yang Maha Kuasa agar Mantan Guru Besar di beri keberkatan.


Terus dicium tangan dan dipeluk tubuhnya yang kecil tidak sebesar badan saya dan Ilu, mengenang air mata buat seketika tatkala mengingatkan kisah lampau. Banyak tunjuk ajar yang diberikan olehnya sehingga saya sampai keperingkat ini. Terus kami bertiga beredar ke sebuah restoran mamak untuk makan tengahari di pekan mantin. Tatkala makan kami bersembang kisah lama, bertanya khabar dari cikgu ke atas anak-anak muridnya, satu persatu dihitung dan dikira - persoalan timbul dikepala saya "Pernahkah kita sebagai anak murid cikgu dalam sekumit hidup kita ini terfikirkan untuk mengingati cikgu-cikgu yang pernah mendidik kita sebelum ini?" Tetapi bagi cikgu, satu-satu nama disebut dan diulang, nama Asri, Ismail Mat Deris, Shamsuddin, Razak, Al Johari, Rohana, Syed Abdullah, Zaradah, Wan Burhanuddin, Lukhman diulang dan ditanya. Nampak keceriaan dimukanya setelah di maklumkan kedudukan kita masing-masing dan kepuasan beliau mendidik kita terserlah di air mukanya yang nampak ikhlas.

Tidak terasa lazatnya makanan yang dihidang, jam telahpun menunjukkan pukul 1.25 tengahari, waktu kami beredar untuk bersama-sama berjemaah zohor di surau Kolej Legenda dan sempat bersama dengan cikgu melaksanakan fardhu yang wajib tuntutan illahi. Selepas solat diberitahu hajat kedatangan untuk melantik cikgu sebagai penasihat. Dengan nada yang ikhlas beliau sanggup untuk menggalas amanah dan masih sanggup untuk bersama-sama TiNTA. Dipersetujui untuk menyambut kedatangan kita ahli TiNTA pada 5 Hb Mei 2007 (hari Sabtu) di kediaman beliau di Kampong Larong Tengah, Kuala Klawang (bukannya 28 April seperti yang dicadangkan sebelum ini). Maklumat lanjut akan dihebahkan oleh Sdra. Setiausaha dalam masa terdekat.

Lepas solat Zohor, tangan cikgu dicium, tubuhnya kecil dipeluk dan kami berdua meninggalkan seribu kenangan setelah 27 tahun tidak berkesempatan bertemu dengannya - MANTAN GURU BESAR Cikgu Jaaman Haji Abu.


Sekian, FAUZI AWANG

Sunday, April 1, 2007

WARKAH DARI MUSTAFFA ABDULLAH SMTT 78/79


Assalamualaikum Wm Wbt.,

Sekali lagi tahniah di atas kejayaan mengerakkan penubuhan TiNTA.

Sesungguhnya ramai di kalangan pelajar SMTT amat mengharapkan penubuhan ini, saya di dalam batch 1978/79 pun pernah bercadang tetapi tak ramai yang sanggup dan ada komitmen untuk menggerakkannya.

Untuk itu, saya telah pernah mendaftarkan alamat email ini - alumni_smtt@yahoo.com. bagi tujuan tersebut, tapi tidak terguna. Tetapi dengan adanya akaun email yahoo telah membolehkan......... dengan percumanya.

Kewujudan yahoogroup alumni_smtt (http://groups.yahoo.com/group/alumni_smtt/) dan;
Homepage group di http://www.geocities.com/alumni_smtt.(buat sementara waktu homepage ini saya cilok link saja dari http://alumnismtt.blogsopt.com)(apa yang keluar di http://alumnismtt.blogspot.com akan keluar dalam homepage ini. Tapi di masa akan datang eloknya TiNTA ada kandungan sendiri yang sebetulnya dalam homepage ini.
Memandangkan semuanya telah ada tersedia, tak ada faedahnya kalau saya simpan sahaja. Jadi saya nak tawarkan kepada TiNTA menggunakan kemudahan ~ percuma. Yang perlu cuma saudara semua perlu mendaftarkan akaun email yahoo dan maklumkan kepada saya untuk membolehkan saya menjadikan saudara sebagai moderator untuk group ini. Menggunakan email lain pun boleh 'subscribe' kepada group ini tetapi untuk menjadi moderator dan memanfaatkan kemudahan yang ada nak kena ada akaun email yahoo juga ~ cara mereka berniaga.

Dari pengalaman saya komunikasi melalui/menggunakan yahoogroup lebih berkesan. Semua ahli boleh menerima email dari semua ahli yang menghantar kepada group. Fail-fail dokumen seperti cadangan perlembagaan, borang dan sebagainya boleh diletakkan di dalam homepage group dan semua ahli boleh lihat dan download begitu juga dengan maklumat (database) ahli juga boleh di letakkan di homepage group ini.

Sudi-sudikanlah melawat dan juga menyertai group smtt7879 di http://groups.yahoo.com/group/smtt7879 dan juga homepage di http://www.geocities.com/smtt7879/

Janganlah risau mengenai macamana nak guna yahoogroup dan geocities homepage ini. Insyaallah saya akan bantu sepenuhnya dengan sedapat mungkin sehingga sempurna sepenuhnya. Untuk maklumat bantuan boleh hubungi saya di nombor 62861211 atau 0178808718

Wassalamualaikum Wm. Wbt.


Mustaffa Abdullah SMTT7879