Sunday, April 8, 2007

CATATAN PERTEMUAN SDR. FAUZI & ILU DENGAN MANTAN GURU BESAR: CIKGU HAJI JAAMAN HAJI ABU

Sdra/i kalian, salam alumni!

Alhamdulillah saya telah menyempurnakan amanah sdra/i bagi saya mewakili TiNTA untuk mengadakan pertemuan ulung secara rasmi dengan Mantan Guru Besar Cik Gu Jaaman.

Pertemuan berlangsung dalam suasana keceriaan dengan mengenang kembali kisah-kisah lama di TI, terutamanya di tahun awal penubuhan SMTT. Saya berdua dengan Ahmad Khairuddin (Ilu - F5E 77/78) bertolak dari KL pukul 1100 pagi melalui exit Nilai ke Mantin. Walaupun sudah agak biasa dengan keadaan Nilai/Mantin sebelum ini, tetapi agak menakjubkan dengan pembangunan yang pesat ekoran daripada limpahan dan curahan aktiviti dari KLIA Sepang. Mungkin sdra/i boleh mengambil peluang ini dengan membuat penilaian lebih serius untuk melabur di kawasan ini.

Sampai di Kolej Legenda Mantin (Ciku Gu Jaaman bekerja secara sambilan di Kolej Legenda dengan penumpuan di bidang kaunseling dan pemasaran) pukul 1200 tengahari, Mantan Guru Besar sudah sedia menanti dengan lenggoknya seperti dulu-dulu ketika berjalan-jalan di sekitar asrama dengan tangan kebelakang - kadang kala rotan ditangan (ingat lagi ke).

Kembali ke nostalgia lama rupa paras cikgu masih seperti dulu tidak banyak berubah walaupun sudah berusia 68 tahun (22 April ini adalah genap Mantan Guru Besar 68 tahun). Mungkin kerana curahan bakti kepada anak bangsa dengan mendidik dan mengajar kita untuk menjadi insan yang sempurna - sama-sama lah kita menadah tangan memohon restu dari yang Maha Kuasa agar Mantan Guru Besar di beri keberkatan.


Terus dicium tangan dan dipeluk tubuhnya yang kecil tidak sebesar badan saya dan Ilu, mengenang air mata buat seketika tatkala mengingatkan kisah lampau. Banyak tunjuk ajar yang diberikan olehnya sehingga saya sampai keperingkat ini. Terus kami bertiga beredar ke sebuah restoran mamak untuk makan tengahari di pekan mantin. Tatkala makan kami bersembang kisah lama, bertanya khabar dari cikgu ke atas anak-anak muridnya, satu persatu dihitung dan dikira - persoalan timbul dikepala saya "Pernahkah kita sebagai anak murid cikgu dalam sekumit hidup kita ini terfikirkan untuk mengingati cikgu-cikgu yang pernah mendidik kita sebelum ini?" Tetapi bagi cikgu, satu-satu nama disebut dan diulang, nama Asri, Ismail Mat Deris, Shamsuddin, Razak, Al Johari, Rohana, Syed Abdullah, Zaradah, Wan Burhanuddin, Lukhman diulang dan ditanya. Nampak keceriaan dimukanya setelah di maklumkan kedudukan kita masing-masing dan kepuasan beliau mendidik kita terserlah di air mukanya yang nampak ikhlas.

Tidak terasa lazatnya makanan yang dihidang, jam telahpun menunjukkan pukul 1.25 tengahari, waktu kami beredar untuk bersama-sama berjemaah zohor di surau Kolej Legenda dan sempat bersama dengan cikgu melaksanakan fardhu yang wajib tuntutan illahi. Selepas solat diberitahu hajat kedatangan untuk melantik cikgu sebagai penasihat. Dengan nada yang ikhlas beliau sanggup untuk menggalas amanah dan masih sanggup untuk bersama-sama TiNTA. Dipersetujui untuk menyambut kedatangan kita ahli TiNTA pada 5 Hb Mei 2007 (hari Sabtu) di kediaman beliau di Kampong Larong Tengah, Kuala Klawang (bukannya 28 April seperti yang dicadangkan sebelum ini). Maklumat lanjut akan dihebahkan oleh Sdra. Setiausaha dalam masa terdekat.

Lepas solat Zohor, tangan cikgu dicium, tubuhnya kecil dipeluk dan kami berdua meninggalkan seribu kenangan setelah 27 tahun tidak berkesempatan bertemu dengannya - MANTAN GURU BESAR Cikgu Jaaman Haji Abu.


Sekian, FAUZI AWANG

4 comments:

ALUMNI SMTT said...

Sorry G, aku baru buka email. I was really touch baca kau punya celoteh. Tahniah... i'll join you insyaallah.Harap-harap members SMTT beri support sepenuhnya.

Asri Husin

ALUMNI SMTT said...

Saudara Fauzi,

What you and the group have done was marvellous and I'm really touched..
Sorry lah tak dapat nak join becos of work commitment but I'll join you all if time permits, insyaAllah.
Cik Gu Jaaman is the 1st person that I met when I and my father arrived at SMTT in 1976 and he invited us to his house. How can I forget that!
Well done guys and keep me informed!
Salam to all and thank you.

Johari

ALUMNI SMTT said...

Alhamdulillah lawata itu telah terlaksana.

Tibalah masa ya untuk kita menunjukkan tanda terima kasih kita dengan menhadirkan diri kita (berserta keluarga kita yg tersayang) untuk menjayakan lawata kit ke rumah En Jaaman pda 5h Mei ini

Lawatan ini boleh dijadikan satu contoh yang amat baik untuk anak2 kita contohi dan jejaki apabila mereka sudah dewasa dan matang seperti kita sekarang.

Insyallah semoga usaha TiNTA dan En Fauzi dan Ilu akan membawa keberkatan dan mendekatkan siratulrahim di antara bekas-bekas pelajar SMTT dan dengan bekas guru besar kita.

Mari lah kita menjadi contoh yang mulia untuk anak-anak kita

Salam
rohana

ALUMNI SMTT said...

Kpd Saudara Ilu dan Fauzi,

Syabas dan terima kasih atas effort saudara berdua. Baru teringat kerap kali kena piat dengan dia dulu-dulu. Doa semuga Che'gu Jaaman sihat dan panjang umur. Nanti kalau ada berita tentang Che'gu lain beritahulah juga.

Ikhlas,

Saha F5b1 77/78