Sunday, April 1, 2007

WARKAH DARI MUSTAFFA ABDULLAH SMTT 78/79


Assalamualaikum Wm Wbt.,

Sekali lagi tahniah di atas kejayaan mengerakkan penubuhan TiNTA.

Sesungguhnya ramai di kalangan pelajar SMTT amat mengharapkan penubuhan ini, saya di dalam batch 1978/79 pun pernah bercadang tetapi tak ramai yang sanggup dan ada komitmen untuk menggerakkannya.

Untuk itu, saya telah pernah mendaftarkan alamat email ini - alumni_smtt@yahoo.com. bagi tujuan tersebut, tapi tidak terguna. Tetapi dengan adanya akaun email yahoo telah membolehkan......... dengan percumanya.

Kewujudan yahoogroup alumni_smtt (http://groups.yahoo.com/group/alumni_smtt/) dan;
Homepage group di http://www.geocities.com/alumni_smtt.(buat sementara waktu homepage ini saya cilok link saja dari http://alumnismtt.blogsopt.com)(apa yang keluar di http://alumnismtt.blogspot.com akan keluar dalam homepage ini. Tapi di masa akan datang eloknya TiNTA ada kandungan sendiri yang sebetulnya dalam homepage ini.
Memandangkan semuanya telah ada tersedia, tak ada faedahnya kalau saya simpan sahaja. Jadi saya nak tawarkan kepada TiNTA menggunakan kemudahan ~ percuma. Yang perlu cuma saudara semua perlu mendaftarkan akaun email yahoo dan maklumkan kepada saya untuk membolehkan saya menjadikan saudara sebagai moderator untuk group ini. Menggunakan email lain pun boleh 'subscribe' kepada group ini tetapi untuk menjadi moderator dan memanfaatkan kemudahan yang ada nak kena ada akaun email yahoo juga ~ cara mereka berniaga.

Dari pengalaman saya komunikasi melalui/menggunakan yahoogroup lebih berkesan. Semua ahli boleh menerima email dari semua ahli yang menghantar kepada group. Fail-fail dokumen seperti cadangan perlembagaan, borang dan sebagainya boleh diletakkan di dalam homepage group dan semua ahli boleh lihat dan download begitu juga dengan maklumat (database) ahli juga boleh di letakkan di homepage group ini.

Sudi-sudikanlah melawat dan juga menyertai group smtt7879 di http://groups.yahoo.com/group/smtt7879 dan juga homepage di http://www.geocities.com/smtt7879/

Janganlah risau mengenai macamana nak guna yahoogroup dan geocities homepage ini. Insyaallah saya akan bantu sepenuhnya dengan sedapat mungkin sehingga sempurna sepenuhnya. Untuk maklumat bantuan boleh hubungi saya di nombor 62861211 atau 0178808718

Wassalamualaikum Wm. Wbt.


Mustaffa Abdullah SMTT7879

3 comments:

ALUMNI SMTT said...

Penggunaan group email secara umumnya mendedahkan para ahli kepada risiko penyalahgunaan atau penyelewengan seperti aktiviti spam untuk promosi online business atau laman lucah. Bagi mengelakkan email para ahli disalahgunakan (harapnya tidak berlaku), eloklah kalau kita tidak menggunakan group email. Terima kasih.

mustaffa abdullah said...

dah nampak besar benar pulak jadinya bila email saya dipaparkan sebagai warkah.......
(macam lah aku ni terer sangat ataupun menyibuks saja ....saya takder hal cuma sekadar nak beri cadangan saja) ...........Anyway thank you very much for responding to it.

Since it has been posted here, it would be appropriate to respond it back here too

Between Yahoogroups and Blogspot it's 2 different thing all together ....it's all depends on how you manage it as moderator to the services and .....it's all depends on you to use it or not, I'm just offering what is already there to use and intend to hand it over to TiNTA to continue using it (or not)
Our experience in smtt7879 yahoogroup since last 3 years ~ we have not experience any spamming, pornographic or online business activities as the membership to the group is strictly only to the former SMTT students ~ not just from the batch 1978/79 but our seniors and junior too. We have stated clearly that there shouldn't anything such as those spamming, pornographic or online business but just a mean of communication between former students who are the members of the group. If there were to be any business correspondences between members it is something that other members can share it too, like recently there was a deal about ordering honey from Sudan where one of our members is posted working there ~ which pulls the interest to other members to participate too - one member from the royal custom has advice on the tax issue and so on.. What ever is being communicated, all members will receive ~ that's why better to have yahoo email to separate emails for work and email for friends. There was a member complaining of receiving hundreds of emails after one months - no big deal, if you don't want to read just delete at no cost as yahoo give an ample 1Gb of mailbox storage at no cost.

Unlike blogspot, its merely blogs where there is no need for a membership, visitor to the site may their messages to the site by logging in using google account. To read, users have to visit the site to see the latest news or they can subscribe to the RSS service where the message will be send to the user. I'm not sure if anyone who have the google/gmail account can just log in or not.

There are also blog kind of features in Yahoo which is known as yahoo 360°~ Sorry I'm yet to test the features
Well ...it's all depends on you guys, just giving my opinion

ALUMNI SMTT said...

Salam Sdr. Mustaffa,

Terima kasih di atas komen anda. Sekadar memaklumkan sebenarnya blog ini hanyalah bersifat sementara sahaja, sementara menunggu seseorang yang arif tentang web dan internet. Untuk sementara waktu ini, saya cuba mengambil peranan untuk membuat sedikit promosi melalui blog (sebab ini sahaja yang saya tau..). Bila satu jawatankuasa tetap dan sah ditubuhkan nanti, mungkin kita boleh menugaskan seseorang, mungkin seperti sdr. Mustaffa sendiri untuk mengendalikan laman web SMTT. Harap-harapnya nanti kita dapat kumpulkan pelbagai sumber dan kepakaran untuk mempastikan alumni smtt bergerak secara berkesan. Saya tau, ramai pakar di sini, dan boleh menyumbang kepada alumni smtt.

Apa yang penting ketika ini, adalah mengumpul seramai mungkin ahli smtt untuk bergabung dalam alumni smtt. Tak kiralah sapa yang akan melaksanakan tugas ini. Dan bagi saya, blog ada adalah cara termudah untuk melaksanakan misi ini. Cara-cara lain juga boleh digunakan, yang penting kita mencapai sasaran yang kita tetapkan.

Terima kasih atas pandangan saudara.