Monday, June 18, 2007

MAJLIS SEKALUNG BUDI SABTU: 14 JULAI 2007

Assalamualaikum wm wbt

Bagi pihak AJK Sosial & Kebajikan TiNTA: AlumiSMTT, sukacita dimaklumkan hasil perbincangan yang telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Jun 2007 lalu di rumah Saudara Mohd Asri Hussin di Shah Alam; telah memutuskan Majlis Sekalung Budi - kunjungan ke rumah mantan gurubesar SMTT 1976-79 ~ Tuan Haji Jaaman Haji Abu telah ditunda ke tarikh baru iaitu Sabtu, 14 Julai 2007.
Tarikh asal 30 Jun 2007 terpaksa ditunda kerana ramai dikalangan rakan-rakan terlibat di dalam pendaftaran anak-anak di kebanyakkan IPT.

Sumbangan minima sebanyak RM30.00 seorang untuk menyertai program ini untuk menampung perbelanjaan refreshment, makantengahari, minum petang dan pembelian cenderahati untuk Tuan Haji Jaaman.

Sesiapa yang berminat diminta mengesahkan penyertaan(dengan membalas email ini) dan bayaran sumbangan hendaklah diterima selewat-lewatnya pada 7 Julai 2007.

Setakat ini seramai 15 orang sebagaimana berikut telah mengesahkan akan menyertai rombongan tersebut:
Mohd Fauzi Awang
Mohd Asri Hussin
Lokman Mohamad
Mustaffa Abdullah
Rahasnan Abd Rashid
Saharuddin Mat Ariff
Md. Zainal Wahab
Muhd Kamil Mahmud
Normala Mat Ajid
Rosiani Jaafar
Kartini Hj Abd Manaf
Mohd Khairuddin Abd Rahman
Wan Mohd Zudin
Burhanuddin Jusoh
Zaradah Ismail

Diharap lebih ramai rakan-rakan yang pernah belajar di SMTT semasa Tuan Haji Jaaman Haji Abu akan dapat mengesahkan penyertaan untuk lawatan ini.

Penyertaan dari bekas pelajar yang terkemudian selepas Tuan Haji Jaaman juga amat-amat dialu-alukan demi untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim semua bekas pelajar SMTT seluruhnya.

Butiran terperinci aturcara/program lawatan; peta jalan dan lain-lain makluman akan disampaikan di dalam masa terdekat.

Adalah diharapkan cadangan program ini dapat di war-warkan kepada semua rakan bekas pelajar SMTT lain yang mungkin tidak menerima email makluman ini

Sekian terima kasih.
Mustafa Abdullah

No comments: