Monday, June 18, 2007

MAKLUMAT TERKINI MAJLIS SEKALUNG BUDI TiNTA

Assalamualaikum Saudara-Saudari Alumni SMTT - TiNTA,
MAJLIS SEKALUNG BUDI - TiNTA
HARI SABTU : 14 JULAI 2007
TEMPAT: RUMAH CIKGU JAAMAN DI KUALA KLAWANG
Bagi memudahkan ahli-ahli alumni SMTT, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Urusan Pendaftaran untuk menyertai Majlis Sekalung Budi boleh dilakukan dengan menghubungi teman-teman kita seperti berikut;
i). Saudara Yasimin (SMTT 76/77 - Tel: 012-2341232)
ii). Saudara Wan Burhanudin (SMTT 76/77 - Tel: 012-3770607)
iii). Saudara Lokman (SMTT 77/78 - Tel: 012-2166935)
iv). Saudara Ilu (SMTT 77/78 - Tel: 012-2083615)
v). Saudara Mohd Asri (SMTT 77/78 - Tel: 0192695744)
vi). Saudara Mustafa (SMTT 78/79 - Tel: 017-8808718)
vii). Saudara Kamil (SMTT 78/79 - Tel: 0192209470)
Bagi tujuan untuk menampung perbelanjaan makan minum dan juga cenderamata, bayaran minimum sebanyak RM30.00 sahaja dikenakan kepada ahli alumni SMTT. Sekiranya ada rezeki lebih, bolehlah menyumbang lebih, mengikut keikhlasan. Bayaran tersebut bolehlah dimasukkan kepada akaun sementara TiNTA:
Nama Akaun: Mohd Asri b. Husin
No. Akaun: CIMB C/A - 03010050201052

Selepas saudara-saudari membuat bayaran, mohon fakskan slip bayaran itu ke 03-58805744, dan catatkan nama saudara-saudari di slip bayaran tersebut untuk tindakan seterusnya.
Pengesahan kehadiran dan bayaran perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 7hb. Julai 2007, bagi memudahkan urusan logistik.
Saya juga memohon agar saudara-saudari dapat panjangkan maklumat ini kepada teman-teman yang lain, agar lebih ramai alumni SMTT dapat turut serta dalam Majlis yang bersejarah ini.



Sekian, terima kasih di atas perhatian dan tindakan segera daripada pihak saudara-saudari.



Jawatankuasa Penganjur Majlis Sekalung Budi Alumni SMTT

No comments: