Wednesday, March 21, 2007

Mesyuarat Kali Ke2, Persatuan Bekas Pelajar SMTT (TiNTA)

Dimaklumkan mesyuarat yang tersebut diatas akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 23 Mac 2007
Hari: Jumaat
Waktu: 0800 - 1000 malam
Tempat: Bilek Mesyuarat
Tingkat 9B, Menara Dato' Onn,
Perbadanan Nasional Berhad (PNS),
Putra World Trade Centre (PWTC)
45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Mesyuarat yang kedua ini (selepas yang pertama diadakan di Subang Jaya) antara lain bertujuan untuk memperincikan penubuhan / wadah perjumpaan diantara kita, bekas Pelajar SMTT yang akan kita jadikan satu ikatan ukhuwah secara lebih tersusun didalam pengendalian aktiviti yang berbentuk kebajikan sesama ahli. Adalah diharap dengan komitmen yang ada pada kita untuk datang pada mesyuarat ini akan dapat kita berbincang dengan lebih mendalam bentuk-bentuk aktiviti yang sama kita rancang bagi tahun-tahun yang mendatang.
Bagi melicinkan lagi aturcara mesyuarat, berikut disenaraikan cadangan aturcara majlis dan agenda mesyuarat yang akan diadakan:-
Aturcara Majlis:
7.15 petang: Berkumpul Di Surau PWTC (Tingkat 3)
7.30 petang: Sembahyang Maghrib berjemaah
8.00 malam: Mesyuarat bermula (Makan malam akan dihidangkan semasa mesyuarat berjalan)
10.00 malam: Majlis Bersurai
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Pembentangan Deraf Perlembagaan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Trengganu / Technical Institute Trengganu Alumni (TiNTA)
3. Mesyuarat berbincang dan membuat ketetapan-ketepatan berikut:-
a. Bersetuju menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah TeknikTrengganu / Technical Institute Trengganu Alumni (TiNTA)
b. Berbincang serta meluluskan nama persatuan untuk dikenali dengan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Trengganu / Technical Institute Trengganu Alumni (TiNTA) - (sebutan Tinte bagi orang Trengganu dan Tinto bagi orang Kelantan serta Tinta bagi yang lama bermastautin di KL)
c. Berbincang serta meluluskan alamat TiNTA yang akan didaftarkan
d. Berbincang serta melantik ahli jawatankuasa Penaja untuk menguruskanpendaftaran TiNTA
e. Berbincang serta meluluskan lambang / logo / motto / letterhead TiNTA
4. Pembentukan Biro / Jawatankuasa yang berkaitan
5. Cadangan penggunaan portal / web / blogger
6. Cadangan aktiviti disepanjang tahun 2007
7. Cadangan perlantikan penaung, penasihat, pemeriksa kira-kira dan pemegangamanah
8. Kutipan Yuran TiNTA dan Derma Ikhlas
9. Lain-lain hal
10. Penangguhan mesyuarat