Friday, May 11, 2007

PERJUMPAAN SEKALUNG BUDI - ALUMNI SMTT

Assalamualaikum Wm Wbt.,

Pada 1 Mei 2007 yang lalu, saya bersama Fauzi & Ilu telah berkunjung ke kediaman Tuan Haji Jaaman Haji Abu - kunjungan tidak rasmi untuk membincangkan cadangan kunjungan beramai-ramai alumni smtt.

Sdr. Fauzi minta saya postkan kepada semua. Saya cuma ada access ke smtt7879 sahaja. Eloknya di post kan ke alumnismtt.blogspot dahulu - sebagai organisasi induk alumni smtt. Dari situ kita akan sebar-sebarkan kepada semua.

Disertakan draf cadangan tersebut. Nama Perjumpaan Sekalung Budi adalah cadangan dari Tuan Haji Jaaman sendiri. Dari draf ini kita bukakan cadangan dari semua alumni untuk mengemukakan cadangan lain bagi memeriahkan lagi program ini.

Harap dapat semak attachment yang disertakan sebelum postkan ke alumnismtt.blogspot.

Wassalam

Mustaffa Abdullah