Sunday, June 17, 2007

CATATAN PERJUMPAAN PADA 16 JUN 2007



Tempat: DI RUMAH SAUDARA ASRI HUSSIN, SHAH ALAM

Kehadiran:


Mohd Asri Hussin ~ Tuan Rumah
Lokman Mohamad ~ Pengerusi Jawatankuasa Sosial & Kebajikan
Mustaffa Abdullah
Rahasnan Abd Rashid
Saharuddin Mat Ariff
Md. Zainal Wahab
Muhd Kamil Mahmud
Normala Mat Ajid
Rosiani Jaafar
Kartini Hj Abd Manaf
Mohd Khairuddin Abd Rahman
Wan Mohd Zudin
Burhanuddin Jusoh
Zaradah Ismail
Yusli Yunus


Catatan perbincangan:


Perbincangan telah dipengerusikan oleh Saudara Lokman Mohamed selaku AJK Sosial dan Kebajikan Alumnismtt untuk membincangkan mengenai cadangan kunjungan ke kediaman mantan guru besar SMTT 1976 - 79, Tuan Haji Jaaman bin Haji Abu yang telah di cadangkan pada 30 Jun 2007.


Antara ketetapan yang telah dibuat adalah seperti berikut:


Cadangan kunjungan ke rumah mantan Guru Besar, Tuan Haji Jaaman Haji Abu telah ditunda ke hari Sabtu 14 Julai 2007.


Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari Sabtu, 7 Julai 2007.


Satu perjumpaan akhir untuk persediaan akhir cadangan lawatan akan di adakan pada hari Sabtu, 7 Julai 2007.


Cadangan bayaran sumbangan untuk program ini yang merangkumi jamuan makan, cenderahati dan lain-lain perbelanjaan bagi program ini adalah sebanyak RM30.00 minima. Bayaran boleh di buat melalui Saudara Mohd Khairuddin Abdul Rahman.


Peta jalan ke destinasi rumah Tuan Haji Jaaman akan di sediakan oleh Saudara Mohd. Asri Hussin.


Agenda terperinci aturcara akan disediakan bersama oleh Saudara Fauzi Awang dan Saudara Mustaffa Abdullah.


Semua bekas pelajar di minta mewar-warkan cadangan program ini kepada semua rakan lain untuk memastikan ramai akan menyertai program ini.


Ucapan Terima kasih kepada:


Kepada Saudara Mohd Asri Hussin untuk menjadi tuan rumah bagi majlis dan menyediakan hidangan makan tengahari;


Semua yang telah sudi untuk hadir ke perjumpaan ini.


disediakan oleh: Mustaffa Abdullah
p.s:
gambar yang saya ambil boleh dilihat di dalam