Tuesday, June 19, 2007

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS SEKALUNG BUDI - 7HB JULAI 2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Jawatankuasa Penganjuran Majlis Sekalung Budi akan diadakan pada:

Tarikh: 7hb. Julai 2007
Hari: Sabtu
Jam: 11 - 1.00 pm
Tempat: Rumah Saudara Mohd Asri di Shah Alam

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persiapan terakhir bagi Majlis Sekalung Budi yang akan diadakan pada 14hb. Julai 2007 nanti.

Oleh itu, sukacita saya memohon kepada saudara-saudari yang terlibat dalam Majlis ini meluangkan masa untuk sama-sama turut serta dalam mesyuarat ini, bagi mempastikan perjalanan majlis ini nanti akan berjalan dengan lancarnya.


Sekian, terima kasih di atas perhatian saudara-saudari.



Urusetia.