Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATHIN

Bagi mewakili ahli keluarga protem committee TEKTRA disempena hari yang mulia ini, kami mengucapkan salam aidilfitri kepada rakan TEKTRA dan keluarga. Ada kelapangan, teman tektra dijemput di perjumpaan pra Aidilfitri dan Aidilfitri yang bakal diadakan.
Jangan lupa dengan program SIREH PULANG KEGAGANG
.....terutama bagi mereka yang belum mendaftar, ramai-ramailah kita turut sama menyumbang dan berbakti. Terima kasih dari kami kepada semua yang terlibat.
Dalam berhari raya jangan lupa keselamatan diri dan keluarga terutamanya yang memandu.
Insyallah saya akan berhari raya di Bachok Kelantan, sesiapa yang berkesempatan sudilah hubungi saya ditalian 019-2356293.
Yang paling penting mintalah KEAMPUNAN dan KEMAAFAN dari kedua orang tua.........sementara seusia yang ada.
MEMAAFKAN
Memaafkan bererti melupakan,
hilangkan dendam,
padamkan kemarahan,
sanubari menjadi tulus,
kamar jiwa terbuka lapang,
mungkin kita ini terlalu dendam,
menjadi buta kerana kekecewaan,
menjadi tuli bahana pengharapan,
.....lupakan!
.....lupakan!
hati akan menjadi tenang
memaafkan ertinya melepaskan,
belengu mazmumah didalam dada,
pasung dosa yang mencengkam jiwa,
maafkan,
lupakan,
sayangi,
kerana memaafkan orang lain,
BEERTI MEMAAFKAN DIRI SENDIRI!
.......Fauzi F5C 77/78