Tuesday, August 28, 2007

KUNJUNGAN AJK TEKTRA KE SMTT...PADA 26HB. OGOS 2007

Tanggal 26hb. Ogos 2007, tiga orang AJK Penaja TEKTRA iaitu Sdr. Fauzi, Dr. Hamzah dan Sdr. Asri telah terbang ke Kuala Terengganu, bergabung dengan wakil TEKTRA Terengganu, Sdr. Ismail dan Sdr. Mazlan berkunjung ke Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Sebelum ke SMTT, delegasi TEKTRA ini sempat bersarapan pagi di Batu Enam di sebuah restoren berdekatan dengan pokok tanjung, bermenukan nasi dagang.... hmmm sedapppp sekali yang dibeli oleh Sdr. Ismail Mat Deris.


Sedang delegasi TEKTRA bersarapan, dua orang alumni SMTT yang kini sedang bertugas sebagai guru di SMTT datang (dihubungi oleh Sdr. Ismail sebelumnya), iaitu Cikgu Mohd dan Cikgu Aziz, bersama-sama dengan Tuan Pengetua. Yang lucunya, tak sangka pula Tuan Pengetua telah sudi datang bersarapan dengan kami dan kami pulak tidak mengenali beliau sebagai Pengetua SMTT. Begitulah sifat Tuan Pengetua SMTT yang begitu ramah dan mesra, dan kami sangat merasai kesudian dan kesediaan beliau menerima kunjungan wakil TEKTRA.
Selepas bersarapan, kami bertolak ke SMTT. Diiringi oleh Tuan Pengetua dan beberapa orang guru, kami dibawa melawat ke seluruh kawasan sekolah. Pelbagai nostalgia lama kembali menerjah di benak fikiran kami. Sebahagian besar telah berubah, semakin canggih dan semakin moden serta semakin cantik.... Antaranya.... pejabat pentadbiran sekolah, asrama, dan dewan makan dan sebagainya...












































Lebih banyak laporan dan foto akan menyusur.....




















Thursday, August 23, 2007

PINDAAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA ALUMNISMTT (TEKTRA)

JAWATANKUASA PENAJA
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGANU
(TEKTRA)

Penaung:
Tuan Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut
Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Terengganu

Penasihat:
Tuan Haji Cikgu Jaaman Bin Haji Abu
Mantan Pengetua SMTT

Presiden:
Fauzi Awang

Naib Presiden:
Yasimin Yusuf

Setiausaha:
Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh

Penolong Setiausaha:
Mustaffa Abdullah

Bendahari:
Zaidi Ibrahim

Penolong Bendahari:
Azhan Adnan

Ahli Jawatankuasa:

Biro Keahlian:
- Mustaffa Abdullah
- Roslan Bin Ahmad
- Rosiani Jaafar

Biro Sosial dan Kebajikan:
- Lokman Mohd
- Mohd Khairudin Ab. Rahman
- Tuan Yaacob Tuan Soh
- Hanisah Bt. Mamat

Biro Keusahawanan:
- Ismail Mat Deris
- Kamarul Baharin Mohamed
- YM Tengku Dato’ Anuar Mussaddad Tengku Mohammad
- Burhannuddin Jusoh

Biro Sukan:
- Rahasnan Abdul Rashid
- Wan Burhanuddin B. Wan Ismail
- Shafii Abdullah

Biro Pendidikan:
- Mohd Asri Husin
- Normala Mat Ajid
- Zahari Mohd. Zain
- Wan Mohamad Zudin Bin Wan Hassan

Biro Publisiti:
- Zaradah Ismail
- Rohana Mokhtar
- Mohd Farok Bin Mohd Pauzi

Pemeriksa Kira-Kira:
- Mohd Al Johari Hassan
- Zamri Abd. Razak

Pemegang Amanah:
- Samsudin Hamzah
- Fakhriyatie Mohd Lotfie

Wakil TEKTRA Terengganu:
- Ismail Mat Deris

Wakil TEKTRA Kelantan:
- Tuan Haji Mohd Anuar Musardar Hj. Yusoff

Friday, August 10, 2007

PERKEMBANGAN TERKINI 'TiNTA'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK TiNTA yang ketiga, yang telah diadakan pada Jam 8.30, 10hb. Julai 2007 di Tingkat 9, Perbadanan Nasional Berhad telah bersetuju secara majoritinya mengubah nama 'TiNTA' kepada 'TEKTRA'.

Perubahan ini dilakukan dengan mengambilkira pandangan-pandangan ahli yang hadir yang terdiri daripada pelbagai kumpulan tahun pelajar, dari kumpulan 76/78 sehingga 82/83. Mesyuarat bersetuju nama 'TEKTRA' difikirkan lebih dekat dengan Sekolah Menengah Teknik Terengganu daripada segi sebutannya, berbanding dengan 'TiNTA'.

Sekian terima kasih.



Setiausaha TEKTRA
11.55 pm.

Monday, August 6, 2007

MESYUARAT AJK TiNTA KE-3: Pembetulan

Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat AJK TiNTA kali ketiga akan diadakan pada:

Hari: Jumaat
Tarikh: 10hb. Ogos 2007
Jam: 8.00 malam
Tempat: Pejabat Sdr. Fauzi Awang, Tingkat 9, Perbadanan Nasional Berhad, Menara Dato' Onn, PWTC. Kuala Lumpur.

Kepada semua Ahli Jawatankuasa TiNTA, saudara-saudari dengan segala hormatnya dipersilakan hadir ke Mesyuarat tersebut.

Di samping itu juga, kepada sesiapa sahaja Alumni SMTT, saudara-saudari juga dipersilakan hadir bagi meramaikan lagi mesyuarat tersebut. Jemputan khusus ditujukan kepada Sdr. Mustaffa Abdullah dan rakan-rakan; kalian dengan hormatnya dipersilakan hadir ke mesyuarat tersebut.

Agenda Mesyuarat:

1. Meluluskan Minit Mesyuarat AJK TiNTA ke-2
2. Perkara-perkara berbangkit
3. Penyusunan Program TiNTA sepanjang 2007/2008.
4. Hal-Hal lain.


Makan malam akan disediakan oleh Tuan Presiden (dengar-dengar ada satay). Sila sahkan kehadiran anda secepat mungkin dengan menghantar e-mail kepada alumnismtt@yahoo.com, atau hubungi;

E-mail : zeines@pns.com.my
Tel : 03-2698 6670 Ext. 206
Fax : 03-2698 6602

Terima kasih.


Setiausaha TiNTA.

Sunday, July 15, 2007

MAJLIS SEKALUNG BUDI SABTU: 14 JULAI 2007


Sukar di gambarkan perasaan hati setiap yang hadir di pertemuan penuh erti ini.... dari mula sampai apabila di sambut dengan salam pelukan dari Cikgu, linangan air mata, gelak ketawa dan terharu rasa bila mengenang kisah lama ....... lazat juadah tiada terhingga, durian dan manggis enak rasa hingga berat kaki untuk meninggalkan Cikgu di akhir pertemuan.

Bagi pihak ahli jawatankuasa penganjur TiNTA, sekalung terima kasih dari kami untuk Cikgu & keluarga yang telah sudi menerima kunjungan kami dengan layanan penuh keramahan dan kasih mesra. Budi dan jasa Cikgu tentunya sukar dilupa dan semua rakan alumni smtt yang telah turut serta memeriah suasana

Thursday, June 21, 2007

SECEBIS KATA DARI SAUDARA FAUZI AWANG

Salam TiNTA,

Alhamdulillah, syukur kepada Maha Esa kerana kesemua bekas pelajar SMTT (TiNTA) telah dipertemukan melalui blog ini dan sejak akhir-akhir ini pertemuan demi pertemuan telah dianjurkan. Semangat seperti ini lah yang perlu kita pupuk terutamanya apabila setelah kita keluar dari SMTT. Anggaplah hari terakhir setelah kita melangkah keluar dari SMTT HANYA baru bermula langkah pertama hubungan yang ABADI. Bagi pihak AJK Penubuhan TiNTA, kita amat mengalu-alukan idea serta buah fikiran dari ahli TiNTA semua. Kunjungan ke rumah Cik Gu Jaaman hanyalah langkah pertama, saya percaya banyak lagi aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Kepada semua AJK yang dilantik boleh lah mula menghubungi Sdra Setiausaha bagi menyerahkan program tahunan masing-masing. Program yang sedemikian boleh kita jadikan panduan dan rujukan dan akan dibincangkan secara lebih mendalam apabila kita adakan mesyuarat AJK nanti. Mungkina AJK sukan boleh memikirkan untuk mengadakan GOLF persahabatan dan saya percaya bukan saja kaki-kaki GOLF tetapi yang lain juga boleh turut serta selepas program. Bagi mengambilkira yang lain mungkin permainan BOWLING / BADMINTON boleh turut serta diadakan, cuma kita berusaha cari tempat yang sesuai disekitar KL, yang mempunyai kemudahan BOWLING / BADMINTON dan GOLF.

Kita amat berharap supaya kunjungan kerumah Cikgu Jaaman akan menjadi titik tolak kepada aktiviti yang bakal diadakan. Sdra Hamzah sedang sibuk untuk menyiapkan satu pangkalan data yang lengkap dan insyallah dalam masa terdekat kita akan adakan kunjungan hurmat ke SMTT dan berbincang perkara ini dengan Tuan Pengetua Sekolah.

Saya telah menghubungi Penolong Pengetua dan memaklumkan tentang penubuhan ini, dan mereka amat berbesar hati dan akan memberi kerjasama sepenuhnya didalam menjayakan program bersama TiNTA.

Walaupun masing-masing teramat sibuk dengan kegiatan harian bersama keluarga, dan lain-lain aktiviti saya percaya melalui TiNTA banyak perkara yang boleh kita menafaatkan bersama. Cuba bayangkan kita mempunyai satu jaringan yang luas diseluruh negara mencakupi keseluruh sektor pekerjaan yang boleh kita ambil kesempatan terutamanya dari segi peluang untuk kita meningkatkan peluang masing-masing.

Kepada sesiapa yang ada kelapangan boleh lah kita bertemu di perjumpaan yang akan datang di pejabat Sdra Asri pada 7 Julai ini. Insyallah kita akan bincang dan rangka aktiviti yang akan diikuti oleh ahli TiNTA sekelian.

Akhir kalam, saya menyeru kepada ahli TiNTA untuk turut serta didalam program KUNJUNGAN SEKALUNG BUDI supaya sasaran awal seramai 50 (minima) ahli dapat kita dicapai.

Wasallam, GERAK TiNTA.

Fauzi Awang
F5C 1977/78

PENDAFTARAN KE MAJLIS SEKALUNG BUDI 14HB. JULAI 2007

Assalamualaikum,

Mohon kepada teman-teman alumni SMTT yang berhasrat menyertai Majlis Sekalung Budi, dapat kiranya mendaftarkan diri anda di ruangan sebelah kanan blog ini (Pendaftaran Majlis Sekalung Budi).

Ini bertujuan untuk melancarkan lagi perjalanan majlis tersebut. Sila ikut format berikut:

i). Nama
ii). Tahun di SMTT
iii). Bilangan ahli keluarga yang akan ikut serta
iv). Contact No.
v). Email.

Mudah-mudahan kita dapat meramaikan lagi penyertaan di kalangan alumni SMTT.


Terima kasih.


Urusetia