Tuesday, March 27, 2007

PERTEMUAN DENGAN CIKGU JAAMAN (GURU BESAR SESI 1976 - 1978)

Salam Semua,
Sebagai melaksanakan amanat tuan/puan, saya telah dapat menghubungi Cik Gu Jaaman yang sekarang ini sedang berkhidmat dengan Kolej Legenda di Batu 12, Jalan Mantin. Beliau telah bersetuju untuk bertemu dengan saya pada hari Rabu, 4 April 2007 bagi tujuan merancang kunjungan hormat oleh Ahli TiNTA ke Kuala Kelawang, Jelebu pada 28 April 2007. Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan bolehlah ikutserta dalam pertemuan ini dengan menunggu di Lobby Kolej Legenda pada pukul 1200 tengahari pada 4 hb April 2007.
Sekian Terima Kasih,
Fauzi Awang

Monday, March 26, 2007

AHLI JAWATANKUASA PENAJA TiNTA 2007


Duduk dari kiri: Puan Rohana Mokhtar, Sdr. Fauzi Awang (Presiden), Sdr. Yasimin Yusuf (Tim. Presiden), Puan Normala Mat Ajid.
Berdiri dari kiri: Prof. Madya Dr. Hamzah Jusoh (Setiausaha), Sdr. Ismail Mat Deris, Sdr. Zaidi Ibrahim (Bendahari), Sdr. Wan Burhanuddin B. Wan Ismail, Sdr. Rahasnan Abd. Rashid, Sdr. Lokman Mohd, Sdr. Mohd Khairudin Ab. Rahman, Sdr. Nordin Mahmood, Sdr. Kamarul Bahrin Mohamed, Sdr. Mohd Asri Husin

Wednesday, March 21, 2007

Mesyuarat Kali Ke2, Persatuan Bekas Pelajar SMTT (TiNTA)

Dimaklumkan mesyuarat yang tersebut diatas akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 23 Mac 2007
Hari: Jumaat
Waktu: 0800 - 1000 malam
Tempat: Bilek Mesyuarat
Tingkat 9B, Menara Dato' Onn,
Perbadanan Nasional Berhad (PNS),
Putra World Trade Centre (PWTC)
45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Mesyuarat yang kedua ini (selepas yang pertama diadakan di Subang Jaya) antara lain bertujuan untuk memperincikan penubuhan / wadah perjumpaan diantara kita, bekas Pelajar SMTT yang akan kita jadikan satu ikatan ukhuwah secara lebih tersusun didalam pengendalian aktiviti yang berbentuk kebajikan sesama ahli. Adalah diharap dengan komitmen yang ada pada kita untuk datang pada mesyuarat ini akan dapat kita berbincang dengan lebih mendalam bentuk-bentuk aktiviti yang sama kita rancang bagi tahun-tahun yang mendatang.
Bagi melicinkan lagi aturcara mesyuarat, berikut disenaraikan cadangan aturcara majlis dan agenda mesyuarat yang akan diadakan:-
Aturcara Majlis:
7.15 petang: Berkumpul Di Surau PWTC (Tingkat 3)
7.30 petang: Sembahyang Maghrib berjemaah
8.00 malam: Mesyuarat bermula (Makan malam akan dihidangkan semasa mesyuarat berjalan)
10.00 malam: Majlis Bersurai
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
2. Pembentangan Deraf Perlembagaan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Trengganu / Technical Institute Trengganu Alumni (TiNTA)
3. Mesyuarat berbincang dan membuat ketetapan-ketepatan berikut:-
a. Bersetuju menubuhkan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah TeknikTrengganu / Technical Institute Trengganu Alumni (TiNTA)
b. Berbincang serta meluluskan nama persatuan untuk dikenali dengan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Trengganu / Technical Institute Trengganu Alumni (TiNTA) - (sebutan Tinte bagi orang Trengganu dan Tinto bagi orang Kelantan serta Tinta bagi yang lama bermastautin di KL)
c. Berbincang serta meluluskan alamat TiNTA yang akan didaftarkan
d. Berbincang serta melantik ahli jawatankuasa Penaja untuk menguruskanpendaftaran TiNTA
e. Berbincang serta meluluskan lambang / logo / motto / letterhead TiNTA
4. Pembentukan Biro / Jawatankuasa yang berkaitan
5. Cadangan penggunaan portal / web / blogger
6. Cadangan aktiviti disepanjang tahun 2007
7. Cadangan perlantikan penaung, penasihat, pemeriksa kira-kira dan pemegangamanah
8. Kutipan Yuran TiNTA dan Derma Ikhlas
9. Lain-lain hal
10. Penangguhan mesyuarat