Thursday, June 21, 2007

SECEBIS KATA DARI SAUDARA FAUZI AWANG

Salam TiNTA,

Alhamdulillah, syukur kepada Maha Esa kerana kesemua bekas pelajar SMTT (TiNTA) telah dipertemukan melalui blog ini dan sejak akhir-akhir ini pertemuan demi pertemuan telah dianjurkan. Semangat seperti ini lah yang perlu kita pupuk terutamanya apabila setelah kita keluar dari SMTT. Anggaplah hari terakhir setelah kita melangkah keluar dari SMTT HANYA baru bermula langkah pertama hubungan yang ABADI. Bagi pihak AJK Penubuhan TiNTA, kita amat mengalu-alukan idea serta buah fikiran dari ahli TiNTA semua. Kunjungan ke rumah Cik Gu Jaaman hanyalah langkah pertama, saya percaya banyak lagi aktiviti yang bakal dilaksanakan.

Kepada semua AJK yang dilantik boleh lah mula menghubungi Sdra Setiausaha bagi menyerahkan program tahunan masing-masing. Program yang sedemikian boleh kita jadikan panduan dan rujukan dan akan dibincangkan secara lebih mendalam apabila kita adakan mesyuarat AJK nanti. Mungkina AJK sukan boleh memikirkan untuk mengadakan GOLF persahabatan dan saya percaya bukan saja kaki-kaki GOLF tetapi yang lain juga boleh turut serta selepas program. Bagi mengambilkira yang lain mungkin permainan BOWLING / BADMINTON boleh turut serta diadakan, cuma kita berusaha cari tempat yang sesuai disekitar KL, yang mempunyai kemudahan BOWLING / BADMINTON dan GOLF.

Kita amat berharap supaya kunjungan kerumah Cikgu Jaaman akan menjadi titik tolak kepada aktiviti yang bakal diadakan. Sdra Hamzah sedang sibuk untuk menyiapkan satu pangkalan data yang lengkap dan insyallah dalam masa terdekat kita akan adakan kunjungan hurmat ke SMTT dan berbincang perkara ini dengan Tuan Pengetua Sekolah.

Saya telah menghubungi Penolong Pengetua dan memaklumkan tentang penubuhan ini, dan mereka amat berbesar hati dan akan memberi kerjasama sepenuhnya didalam menjayakan program bersama TiNTA.

Walaupun masing-masing teramat sibuk dengan kegiatan harian bersama keluarga, dan lain-lain aktiviti saya percaya melalui TiNTA banyak perkara yang boleh kita menafaatkan bersama. Cuba bayangkan kita mempunyai satu jaringan yang luas diseluruh negara mencakupi keseluruh sektor pekerjaan yang boleh kita ambil kesempatan terutamanya dari segi peluang untuk kita meningkatkan peluang masing-masing.

Kepada sesiapa yang ada kelapangan boleh lah kita bertemu di perjumpaan yang akan datang di pejabat Sdra Asri pada 7 Julai ini. Insyallah kita akan bincang dan rangka aktiviti yang akan diikuti oleh ahli TiNTA sekelian.

Akhir kalam, saya menyeru kepada ahli TiNTA untuk turut serta didalam program KUNJUNGAN SEKALUNG BUDI supaya sasaran awal seramai 50 (minima) ahli dapat kita dicapai.

Wasallam, GERAK TiNTA.

Fauzi Awang
F5C 1977/78

No comments: