Saturday, June 9, 2007

PENDAFTARAN BAGI MENYERTAI MAJLIS SEKALUNG BUDI - ALUMNI SMTT

Salam Sejahtera Rakan-Rakan Alumni SMTT,
Kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk menyertai Majlis Sekalung Budi - Alumni SMTT yang akan diadakan pada hari Sabtu, 30hb. Jun 2007, sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini, dapat kiranya rakan-rakan semua membuat pendaftaran, dengan menghubungi atau SMS Saudara Lokman, di no. 012-2166935 sesegera yang mungkin. Maklumat yang diperlukan:
i). Nama
ii). Bilangan ahli keluarga yang akan ikut serta
iii). No. Telefon
iv) E-Mail
Ini bertujuan bagi melicinkan persediaan bagi majlis tersebut, terutamanya untuk bahagian makanan dan atur acara.
Sekian, mohon perhatian segera daripada saudara-saudari.
Terima kasih.
Setiausaha.

AJK MEETING: PERJUMPAAN SEKALUNG BUDI - ALUMNI SMTT

Salam Sejahtera Rakan-Rakan Alumni SMTT,



Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana blog ini begitu lama tidak dikemaskinikan. Ini disebabkan kesibukan tugas seharian. Beberapa perkembangan terbaru dalam hal ehwal Alumni SMTT menuntut saudara-saudari mengambil perhatian:


i) Satu perjumpaan di kalangan AJK Penaja Alumni-SMTT akan diadakan bagi membincangkan persediaan bagi mengadakan Majlis Perjumpaan Sekalung Budi - Alumni SMTT di rumah Cikgu Jaaman;


Tarikh: 16hb. Jun 2007 (Hari Sabtu)

Tempat: Rumah Saudara Asri Husin, di alamat No. 1, Jalan Makyong 11/2G,

Seksyen 11, 40100 Shah Alam.

Masa: 11.00 - 1.00 pm


Kepada para AJK, sila sahkan kehadiran saudara dengan Saudara Lokman secepat mungkin, dengan menghantar SMS kepada beliau di 012-2166935.


Sekian, perhatian dan tindakan segera daripada saudara-saudari, terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.



Setiausaha.