Saturday, June 9, 2007

PENDAFTARAN BAGI MENYERTAI MAJLIS SEKALUNG BUDI - ALUMNI SMTT

Salam Sejahtera Rakan-Rakan Alumni SMTT,
Kepada rakan-rakan yang berhasrat untuk menyertai Majlis Sekalung Budi - Alumni SMTT yang akan diadakan pada hari Sabtu, 30hb. Jun 2007, sepertimana yang diwar-warkan sebelum ini, dapat kiranya rakan-rakan semua membuat pendaftaran, dengan menghubungi atau SMS Saudara Lokman, di no. 012-2166935 sesegera yang mungkin. Maklumat yang diperlukan:
i). Nama
ii). Bilangan ahli keluarga yang akan ikut serta
iii). No. Telefon
iv) E-Mail
Ini bertujuan bagi melicinkan persediaan bagi majlis tersebut, terutamanya untuk bahagian makanan dan atur acara.
Sekian, mohon perhatian segera daripada saudara-saudari.
Terima kasih.
Setiausaha.

No comments: