Saturday, June 9, 2007

AJK MEETING: PERJUMPAAN SEKALUNG BUDI - ALUMNI SMTT

Salam Sejahtera Rakan-Rakan Alumni SMTT,



Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana blog ini begitu lama tidak dikemaskinikan. Ini disebabkan kesibukan tugas seharian. Beberapa perkembangan terbaru dalam hal ehwal Alumni SMTT menuntut saudara-saudari mengambil perhatian:


i) Satu perjumpaan di kalangan AJK Penaja Alumni-SMTT akan diadakan bagi membincangkan persediaan bagi mengadakan Majlis Perjumpaan Sekalung Budi - Alumni SMTT di rumah Cikgu Jaaman;


Tarikh: 16hb. Jun 2007 (Hari Sabtu)

Tempat: Rumah Saudara Asri Husin, di alamat No. 1, Jalan Makyong 11/2G,

Seksyen 11, 40100 Shah Alam.

Masa: 11.00 - 1.00 pm


Kepada para AJK, sila sahkan kehadiran saudara dengan Saudara Lokman secepat mungkin, dengan menghantar SMS kepada beliau di 012-2166935.


Sekian, perhatian dan tindakan segera daripada saudara-saudari, terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.



Setiausaha.

1 comment:

mustaffa abdullah said...

CATATAN PERJUMPAAN PADA 16 JUN 2007
DI RUMAH SAUDARA ASRI HUSSIN, SHAH ALAM
Kehadiran
Mohd Asri Hussin ~ Tuan Rumah
Lokman Mohamad ~ Pengerusi Jawatankuasa Sosial & Kebajikan
Mustaffa Abdullah
Rahasnan Abd Rashid
Saharuddin Mat Aridd
Md. Zainal Wahab
Muhd Kamil Mahmud
Normala Mat Ajid
Rosiani Jaafar
Kartini Hj Abd Manaf
Mohd Khairuddin Abd Rahman
Wan Mohd Zudin
Burhanuddin Jusoh
Zaradah Ismail
Yusli Yunus

Catatan perbincangan
Perbincangan telah dipengerusikan oleh Saudara Lokman Mohamed selaku AJK Sosial dan Kebajikan Alumnismtt untuk membincangkan mengenai cadangan kunjungan ke kediaman mantan guru besar SMTT 1976 - 79, Tuan Haji Jaaman bin Haji Abu yang telah di cadangkan pada 30 Jun 2007.
Antara ketetapan yang telah dibuat adalah seperti berikut
Cadangan kunjungan ke rumah mantan Guru Besar, Tuan Haji Jaaman Haji Abu telah ditunda ke hari Sabtu 14 Julai 2007
Pengesahan penyertaan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari Sabtu, 7 Julai 2007.
Satu perjumpaan akhir untuk persediaan akhir cadangan lawatan akan di adakan pada hari Sabtu, 7 Julai 2007
Cadangan bayaran sumbangan untuk program ini yang merangkumi jamuan makan, cenderahati dan lain-lain perbelanjaan bagi program ini adalah sebanyak RM30.00 minima. Bayaran boleh di buat melalui Saudara Mohd Khairuddin Abdul Rahman
Peta jalan ke destinasi rumah Tuan Haji Jaaman akan di sediakan oleh Saudara Mohd. Asri Hussin
Agenda terperinci aturcara akan disediakan bersama oleh Saudara Fauzi Awang dan Saudara Mustaffa Abdullah
Semua bekas pelajar di minta mewar-warkan cadangan program ini kepada semua rakan lain untuk memastikan ramai akan menyertai program ini

Terima kasih
Kepada Saudara Mohd Asri Hussin untuk menjadi tuan rumah bagi majlis dan menyediakan hidangan makan tengahari
Semua yang telah sudi untuk hadir ke perjumpaan ini

disediakan oleh:
Mustaffa Abdullah
p.s
gambar yang saya ambil boleh dilihat di dalam http://ph.groups.yahoo.com/group/smtt7879/photos